WDL Demo Rss

Hibah mulut...

Labels: , , , ,

Terdengar di Batu Kikir Negeri Sembilan…

“Omak ni dah tuo. Akou dongan bini kou dah lamo jago omak kek gomah ni. Anak anak se somuonyo kek kolumpo, tak datang nak jongok pun. Kalau omak mati, akou ambiklah gomah ni. Ghoto-ghoto yang ado omak dah bogi kek anak anak se. Hayo inilah sato eik yang tinggal laie” kata Mak Limah kepada anak angkatnya Ujang.

di Gua Musang Kelantan…

“Munglah anok tino hok bulih tupe. Abe-abe mung lepah ‘bining takdok hok buleh tupe. Rumoh ni aku nok bui ko mung lah mugo mung hok jago aku tu gak” kata Mek Jah kepada anak bongsunya Mek Na.

Kedua dua kes ini adalah contoh klasik HIBAH MULUT – satu akujanji secara lisan yang tidak bersaksi dan tidak didokumenkan. Akujanji seperti ini senang dicabar kerana tiada saksi kukuh... Memang tak boleh pakai.

Seperti yang kita tahu, anak angkat tidak mempunyai hak tuntutan keatas harta pusaka simati secara syarak. Sekiranya Mak Limah di Batu Kikir tidak meninggalkan wasiat atau Hibah, anak angkatnya Ujang tidak akan punya hak untuk menuntut rumah yang Mak Limah janjikan
Anak perempuan pula akan mendapat hak yang kurang berbanding anak lelaki. Sekira Mek Jah di Gua Musang ingin menghadiahkan rumah kepada anak perempuannya, cara yang paling balik ialah melalui wasiat dan hibah.

Terpulang kepada kita untuk menggunakan faraid untuk membahagikan harta peninggalan kita atau kita juga boleh guna instrument wasiat, hibah, harta sepencarian, sedekah dan sebagainya untuk merancang bagaimana harta kita akan dibahagikan selepas kita meninggal dunia

Allahu'alam