WDL Demo Rss

Mengingati Akhirat: Perancangan Dunia vs. Perancangan Dunia dan Akhirat

Di dalam dunia korporat atau bisnes, kita baru sahaja melalui suku ketiga atau 3rd quarter jadi banyaklah terdapat laporan atau report tentang performance syarikat disuku yang tiga (Year-On-Year analysis, Target vs Actual etc).

Sememangnya itu sahajalah bentuk perancangan orang-orang yang mengejar dunia semata-sama tanpa mengira kehidupan diakhirat. Contoh contoh lain adalah;

a) Performance review - Perancangan untuk setahun
b) career planning - Perancangan untuk 3-5 tahun
c) Education fund - Planning untuk 10-20 tahun
d) Insuran - Planning untuk 50-60 tahun akan datang
d) EPF - Planning untuk 60 tahun
dan sebagainya

Sebagai seorang islam yang mempercayai adanya kehidupan di akhirat (ianya adalah salah satu rukun iman), kita mestilah merancang untuk mendapat kehidupan yang senang di dunia dan yang lebih penting di hari akhirat, kerana Islam itu luas seperti yang diucapkan oleh seorang alim ketika berdakwah dihadapan raja Parsi…

"Kami membawa islam untuk membebaskan hamba dari bertuhankan kepada hamba dan dari kesempitan duna ke keluasan dunia dan akhirat.."

Apakah perancangan kita untuk menempuh
  • Siksa sakratul maut
  • Siksa kubur
  • Siksa di padang mahsyar
  • Hari dimana pahala dan dosa ditimbang (Al Mizan)
  • Hari melintas Siratul Mustaqim
Dan lain lain lagi.

Jadi, bila kita terbaca atau berbincang tentang perancangan di dunia, ingat-ingatlah yang kita akan mati dan kita kena merancang untuk kesejahteraan hidup di dunia dan paling penting akhirat

Wallahualam

Ubat untuk menyembuh menyakit Rasuah, Zina, Buang bayi

'Aisha (Radiall hu anhua) pernah berkata Jika ayat-ayat yang mula-mula diturunkan menyuruh manusia "Jangan minum arak" maka orang-orang akan berkata "Kami tidak akan berhenti minum arak". Dan jika ayat-ayat yang mula-mula diturunkan menyuruh manusia "Jangan berzina" maka orang-orang akan berkata "Kami tidak akan berhenti berzina"

Tetapi ayat-ayat yang mula-mula diturunkan adalah menerangkan tentang Syurga dan Neraka sehingga hati-hati mereka terikat dengan Allah (s.w.t) dan kemudian hukum-hukum halal dan haram diturunkan.

Amalan minum arak dan berzina memang sudah sebati dengan kehidupan kaum jahiliah dizaman Rasulallah (s.a.w) dan sebelumnya seperti mana dengan rasuah, zina dan pergaulan bebas dizaman kita ini. Cara untuk membenteraskan gejala gejala sosial ini adalah dengan mendekatakan hati-hati kita dengan Allah dengan melakukan banyak peringatan kepada balasan Syurga dan Neraka.

Cuba renungkan kenapa ahli-ahli sesetengah direct-selling kena datang meeting selalu. Ini kerana untuk memperingati mereka tentang habuan-habuan yang menanti mereka seperti habuan bulanan berpuluh ribu, rumah-rumah yang besar, kereta-kereta mewah dab sebagainya.

Sememangnya hari ini kita memang kurang mendapat peringatan tentang kehidupan yang bakal kita lalui - sama ada Syurga atau Neraka. Dan cara paling mudah untuk kita ingatkan diri kita ialah dengan melihat contoh-contoh disekeliling kita.

Contohnya, kalau kita beli goreng pisang dan nampak kuali dipenuhi minyak yang pas mendidih, maka sesungguhnya air dan minyak yang panas mendidih adalah minuman penghuni neraka. Secara automatik kita akan rasa ngeri dan tanam usaha untuk tidak melakukan perkara yang membawa kepada neraka Allah

Insya Allah, Saya akan paparkan beberapa contoh yang lain di blog yang akan datang, mudah-mudahan kita dapat mendekati diri dan hati kepada Allah (s.w.t)

Hibah mulut...

Labels: , , , ,

Terdengar di Batu Kikir Negeri Sembilan…

“Omak ni dah tuo. Akou dongan bini kou dah lamo jago omak kek gomah ni. Anak anak se somuonyo kek kolumpo, tak datang nak jongok pun. Kalau omak mati, akou ambiklah gomah ni. Ghoto-ghoto yang ado omak dah bogi kek anak anak se. Hayo inilah sato eik yang tinggal laie” kata Mak Limah kepada anak angkatnya Ujang.

di Gua Musang Kelantan…

“Munglah anok tino hok bulih tupe. Abe-abe mung lepah ‘bining takdok hok buleh tupe. Rumoh ni aku nok bui ko mung lah mugo mung hok jago aku tu gak” kata Mek Jah kepada anak bongsunya Mek Na.

Kedua dua kes ini adalah contoh klasik HIBAH MULUT – satu akujanji secara lisan yang tidak bersaksi dan tidak didokumenkan. Akujanji seperti ini senang dicabar kerana tiada saksi kukuh... Memang tak boleh pakai.

Seperti yang kita tahu, anak angkat tidak mempunyai hak tuntutan keatas harta pusaka simati secara syarak. Sekiranya Mak Limah di Batu Kikir tidak meninggalkan wasiat atau Hibah, anak angkatnya Ujang tidak akan punya hak untuk menuntut rumah yang Mak Limah janjikan
Anak perempuan pula akan mendapat hak yang kurang berbanding anak lelaki. Sekira Mek Jah di Gua Musang ingin menghadiahkan rumah kepada anak perempuannya, cara yang paling balik ialah melalui wasiat dan hibah.

Terpulang kepada kita untuk menggunakan faraid untuk membahagikan harta peninggalan kita atau kita juga boleh guna instrument wasiat, hibah, harta sepencarian, sedekah dan sebagainya untuk merancang bagaimana harta kita akan dibahagikan selepas kita meninggal dunia

Allahu'alam

Duit yang tergantung...

Labels: , , , ,

Artikel diatas menceritakan masalah yang dihadapi oleh orang-orang yang kita sayangi selepas kita meninggalkan mereka...

Terpulang kepada kita untuk berwasiat ataupun tidak...

Ada 4 masalah yang disebut didalam artikel di atas akibat simati yang tidak meninggalkan wasiat
  • Duit sebanyak RM10000 terbeku selepas pemegang akan meninggal dan proses mencairkan wang tersebut mengambil masa yang panjang
  • Waris terpaksa mencari maklumat simpanan simati kerana ketiadaan rekod
  • Si balu terpaksa membelanjakan RM5000 untuk mendapatkan Letter of Administration untuk membahagikan harta
  • Si balu hanya dapat memindahkan nama beliau diatas geran setelah lebih setahun untuk rumah yang dibeli bersama
Sebenarnya, semua ini boleh dielakkan jika simati merancangan harta pusakanya menggunakan instrument wasiat
  • RM10000 masih akan dibekukan, tetapi proses untuk mencairkan akan mengambil masa yang cepat kerana WASI sudah pun dilantik dan para WARIS juga sudah dikenal pasti.
  • Pewasiat akan menyenaraikan kesemua HARTA-HARTA and HUTANG-HUTANG beliau didalam wasiat. Ini memudahkan para waris untuk melunaskan HUTANG dan membahagikan harta pusaka
  • WASI tidak perlu mendapatkan Letter of Administration, jadi tiada kos yang tinggi
  • Dengan HARTA SEPENCARIAN, isteri akan dapat menukar milik harta-harta yang diklasifikasikan sebagai HARTA SEPENCARIAN dengan cepat dan mudah. Malah, HARTA SEPENCARIAN tidak akan dicampur didalam harta yang dibahagikan kepada waris-waris yang lain

Memilih orang atau benda untuk kita cintai...

Labels: , , , , , , ,

Seorang tabiin bertanyakan kepada seorang pelajar yang berguru dengannya selama 30 tahun, "Apakah yang engkau telah belajar dari aku selama engkau bersama aku..."

Pelajar itu menjawap..."Salah satu perkara yang aku belajar ialah kita semua orang ada seseorang atau sesuatu benda yang kita sayangi dan cintai. Ada seseorang yang kita cintai atau sesuatu yang kita sayangi akan kita tinggalkan semasa kita masih hidup lagi di dunia ini. Akan tetapi, kesemuanya akan kita tinggalkan di dunia ini setelah kita mati, sama ada mereka itu keluarga atau kawan-kawan atu rumah atau kereta. Semuanya akan kita tinggalkan KECUALI PAHALA PAHALA yang kita kerjakan semasa kita masih hidup.

Oleh itu, aku telah mengambil keputusan untuk menjadikan pahala dan segala perbuatan yang mendekatkan diri dengan Allah sebagai sesuatu yang aku paling cintai..."

Didalam kubur kelak, bagi orang-orang yang beriman and beramal soleh, mereka akan dikunjungi oleh seseorang yang berwajah indah, tenang and aman. Bila ditanya "Siapakah kamu ?", dia menjawap "Aku adalah pahala-pahala yang kamu kerjakan dan aku akan temani kau sehingga hari kiamat"

Sebaliknya bagi orang-orang yang tidak beriman dan banyak melakukan dosa, mereka akan dikunjungi seorang yang bengis, hodoh dan busuk dan akan berkata "Aku lah dosa-dosa yang engkau lakukan di dunia dan aku akan bersama kamu sehingga hari kiamat"

Oleh itu, jadikanlah perbuatan amal soleh itu salah satu daripada apa yang kita cintai.

What's your retirement number ??

Baru-baru ini ada sebuah syarikat insuran di Malaysia telah menjalankan kempen untuk mengetahui apakah pendapatan atau dana yang diperlukan untuk seseorang untuk dapat mengekalkan cara hidup mereka dihari tua. Ada orang yang numbernya RM5 juta, ada yang RM10 juta dan bermacam lagi. Tidak ada salahnya untuk kita mengetahui apakah kos kehidupan dimasa akan datang berdasarkan kadar inflasi dan sebagainya. Tetapi kempen atau program sebegini mungkin akan menyebabkan kita menjadi risau dan ragu-ragu tentang ketetapan rezeki yang Allah telah tentukan kepada kita beratus ribu tahun, sebelum kita diciptakan lagi.

Fear of Poverty atau Phobia kemiskinan adalah salah satu "Penyakit" hati yang diulaskan dengan terperinci oleh Imam Hamza Yusuff dalam bukunya "Purification of the Heart".

Dalam Al-Quran (surah Al-Baqarah ayat 268), Allah ada mengingatkan kita bahawa syaitan akan menghasut dan menakut-nakutkan manusia dengan phobia yang satu hari nanti mereka akan dilanda kemiskinan, tak ada duit, fakir, papa kedana, banyak hutang dan sebagainya. Dengan itu, manusia akan sanggup melakukan apa saja untuk memastikan mereka dapat hidup dengna selesa seperti Riba', Rasuah, Judi dan sebagainya.

Perasaan phobia kemiskinan ini adalah berpunca dari bersangka buruk kepada Allah dan kekuasaannya atau "Bad Opinion of Allah". Allah di dalam Al-Quran (surah At-Talaq ayat 2-3) mengingatkan kita bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan mencukupkan kehidupan mereka, dan Allah akan membuka jalan yang mereka tidak sangka-sangka.

Didalam kaedah bahasa arab, ayat tersebut mempunyai "conditional statement" atau "Jumla Syarqiyya" dimana Allah berjanji: kalau kita bertaqwa, Allah akan tolong kita. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat 1000 dinar tapi orang kita banyak yang mengantung ayat ini didinding untuk "murah rezeki" tanpa menghayati maksudnya

Untuk mengubat penyakit hati ini, cara yang disarankan ialah dengan bersangka baik dengan kekuasaan Allah yang dia adalah Maha Memberi (Ar-Razzaq) disamping itu kita kena terus berusaha mencari rezeki dan bertawakkal.

Allahu'alam