WDL Demo Rss

Faraid dan Aplikasinya

Secara umumnya, Faraid adalah panduan yang termaktub di dalam Al-Quran (surah An-Nisa ayat 11-) untuk membahagi harta pusaka simati kepada waris-warisnya. Malangnya, ada orang mempertikaikan perlunya wasiat dengan alasan "alah... buat apa ada wasiat, FARAID kan ada". Ini adalah tanggapan yang salah.

Hukum faraid sebenarnya adalah "last resort" atau panduan terakhir untuk menguruskan harta-harta simati sekiranya ada bantahan terhadap pesanan, hasrat atau harapan simati ataupun waris-waris menghadapi jalan buntu dalam membahagikan harta-hartanya.

Nota: Harta yang boleh dibahagikan mengikut faraid hanyalah lebihan dari harta yang digunakan untuk membayar hutang, hibah, sedekah 1/3 dan harta sepencarian

Contoh:

Abdullah telah berwasiat untuk membahagikan wang KWSP, tabung haji dan insuran kepada waris-warisnya secara SAMA RATA.

a) Sekiranya semua waris-waris beliau bersetuju dengan pesanan Abdullah, jadi harta-harta tersebut dibahagikan secara SAMA RATA oleh wasi yang dilantik beliau

b) Sekiranya salah seorang dari warisnya tidak bersetuju, maka waris yang tidak bersetuju itu akan mendapat peratusan beliau mengikut Faraid dan harta selebihnya akan dibahagikan secara SAMA RATA dikalangan waris-waris yang lain

c) Sekiranya semua waris tidak bersetuju dengan pesanan pesanan simati, FARAID akan digunakan secara sepenuhnya untuk membahagikan harta-harta simati.

Kesimpulannya, Wasi atau executor tidak seharusnya meletakkan undang-undang FARAID sebagai satu-satunya panduan untuk membahagikan harata-harta simati.

Jika simati mempunyai wasiat/pesanan/hasrat tertentu, pihak wasi atau executor hendaklah cuba menunaikan hasrat tersebut, dengan persetujuan dari waris-waris.

Jika simati tidak mempunyai wasiat yang sah (yang diterbitkan oleh agensi-agensi wasiat), Wasi ataupun Executor seharusnya merujuk kepada waris-waris untuk mencari kalau ada pesanan yang dibuat oleh simati (secara lisan atau bertulis) yang mempunyai saksi untuk menghormati pesanan, hasrat dan harapan simati untuk membahagikan harta kepada bukan waris, contohnya sedekah kepada masjid, rumah anak-anak yatim, dan anak angkat

Hanya jika ketiadaan pesanan simati atau pesanan/hasrat/wasiat beliau mendapat bantahan, maka Wasi atau executor boleh merujuk kepada undang-undang FARAID untuk membahagikan harta-harta simati.

Wallahualam

Comments (2)

Salam Saudari Nazri. Terima kasih atas penjelasan diatas. Dari pengalaman saya, apabila timbul isu harta pusaka, jarang sekali usaha keluarga/waris untuk mengesah atau menghargai pesanan-pesanan simati kerana ramai berpendapat ianya hanya sia-sia kerana tangapan bahawa 'FARAID' adalah 'first resort' bukan 'last resort' sepertimana dijelaskan.

Maaf SAUDARA Nazri......