Terdengar di Batu Kikir Negeri Sembilan…
“Omak ni dah tuo. Akou dongan bini kou dah lamo jago omak kek gomah ni. Anak anak se somuonyo kek kolumpo, tak datang nak jongok pun. Kalau omak mati, akou ambiklah gomah ni. Ghoto-ghoto yang ado omak dah bogi kek anak anak se. Hayo inilah sato eik yang tinggal laie” kata Mak Limah kepada anak angkatnya Ujang.di Gua Musang Kelantan…
“Munglah anok tino hok bulih tupe. Abe-abe mung lepah ‘bining takdok hok buleh tupe. Rumoh ni aku nok bui ko mung lah mugo mung hok jago aku tu gak” kata Mek Jah kepada anak bongsunya Mek Na.
Kedua dua kes ini adalah contoh klasik
HIBAH MULUT – satu akujanji secara lisan yang tidak bersaksi dan tidak didokumenkan. Akujanji seperti ini senang dicabar kerana tiada saksi kukuh... Memang tak boleh pakai.
Seperti yang kita tahu, anak angkat tidak mempunyai hak tuntutan keatas harta pusaka simati secara syarak. Sekiranya Mak Limah di Batu Kikir tidak meninggalkan wasiat atau Hibah, anak angkatnya Ujang tidak akan punya hak untuk menuntut rumah yang Mak Limah janjikan
Anak perempuan pula akan mendapat hak yang kurang berbanding anak lelaki. Sekira Mek Jah di Gua Musang ingin menghadiahkan rumah kepada anak perempuannya, cara yang paling balik ialah melalui wasiat dan hibah.
Terpulang kepada kita untuk menggunakan faraid untuk membahagikan harta peninggalan kita atau kita juga boleh guna instrument wasiat, hibah, harta sepencarian, sedekah dan sebagainya
untuk merancang bagaimana harta kita akan dibahagikan selepas kita meninggal duniaAllahu'alam

Artikel diatas menceritakan masalah yang dihadapi oleh orang-orang yang kita sayangi selepas kita meninggalkan mereka...
Terpulang kepada kita untuk berwasiat ataupun tidak...
Ada 4 masalah yang disebut didalam artikel di atas akibat simati yang tidak meninggalkan wasiat
- Duit sebanyak RM10000 terbeku selepas pemegang akan meninggal dan proses mencairkan wang tersebut mengambil masa yang panjang
- Waris terpaksa mencari maklumat simpanan simati kerana ketiadaan rekod
- Si balu terpaksa membelanjakan RM5000 untuk mendapatkan Letter of Administration untuk membahagikan harta
- Si balu hanya dapat memindahkan nama beliau diatas geran setelah lebih setahun untuk rumah yang dibeli bersama
Sebenarnya, semua ini boleh dielakkan jika simati merancangan harta pusakanya menggunakan instrument wasiat
- RM10000 masih akan dibekukan, tetapi proses untuk mencairkan akan mengambil masa yang cepat kerana WASI sudah pun dilantik dan para WARIS juga sudah dikenal pasti.
- Pewasiat akan menyenaraikan kesemua HARTA-HARTA and HUTANG-HUTANG beliau didalam wasiat. Ini memudahkan para waris untuk melunaskan HUTANG dan membahagikan harta pusaka
- WASI tidak perlu mendapatkan Letter of Administration, jadi tiada kos yang tinggi
- Dengan HARTA SEPENCARIAN, isteri akan dapat menukar milik harta-harta yang diklasifikasikan sebagai HARTA SEPENCARIAN dengan cepat dan mudah. Malah, HARTA SEPENCARIAN tidak akan dicampur didalam harta yang dibahagikan kepada waris-waris yang lain
Seorang tabiin bertanyakan kepada seorang pelajar yang berguru dengannya selama 30 tahun, "Apakah yang engkau telah belajar dari aku selama engkau bersama aku..."
Pelajar itu menjawap..."Salah satu perkara yang aku belajar ialah kita semua orang ada seseorang atau sesuatu benda yang kita sayangi dan cintai. Ada seseorang yang kita cintai atau sesuatu yang kita sayangi akan kita tinggalkan semasa kita masih hidup lagi di dunia ini. Akan tetapi, kesemuanya akan kita tinggalkan di dunia ini setelah kita mati, sama ada mereka itu keluarga atau kawan-kawan atu rumah atau kereta. Semuanya akan kita tinggalkan
KECUALI PAHALA PAHALA yang kita kerjakan semasa kita masih hidup.
Oleh itu, aku telah mengambil keputusan untuk menjadikan pahala dan segala perbuatan yang mendekatkan diri dengan Allah sebagai sesuatu yang aku paling cintai..."
Didalam kubur kelak, bagi orang-orang yang beriman and beramal soleh, mereka akan dikunjungi oleh seseorang yang berwajah indah, tenang and aman. Bila ditanya "Siapakah kamu ?", dia menjawap "Aku adalah pahala-pahala yang kamu kerjakan dan aku akan temani kau sehingga hari kiamat"
Sebaliknya bagi orang-orang yang tidak beriman dan banyak melakukan dosa, mereka akan dikunjungi seorang yang bengis, hodoh dan busuk dan akan berkata "Aku lah dosa-dosa yang engkau lakukan di dunia dan aku akan bersama kamu sehingga hari kiamat"
Oleh itu, jadikanlah perbuatan amal soleh itu salah satu daripada apa yang kita cintai.
Posted by
Nazri Jamil
|
0
comments
Share
Baru-baru ini ada sebuah syarikat insuran di Malaysia telah menjalankan kempen untuk mengetahui apakah pendapatan atau dana yang diperlukan untuk seseorang untuk dapat mengekalkan cara hidup mereka dihari tua. Ada orang yang numbernya RM5 juta, ada yang RM10 juta dan bermacam lagi. Tidak ada salahnya untuk kita mengetahui apakah kos kehidupan dimasa akan datang berdasarkan kadar inflasi dan sebagainya.
Tetapi kempen atau program sebegini mungkin akan menyebabkan kita menjadi risau dan ragu-ragu tentang ketetapan rezeki yang Allah telah tentukan kepada kita beratus ribu tahun, sebelum kita diciptakan lagi.Fear of Poverty atau
Phobia kemiskinan adalah salah satu "Penyakit" hati yang diulaskan dengan terperinci oleh Imam Hamza Yusuff dalam bukunya "Purification of the Heart".
Dalam Al-Quran (surah Al-Baqarah ayat 268), Allah ada mengingatkan kita bahawa syaitan akan menghasut dan menakut-nakutkan manusia dengan phobia yang satu hari nanti mereka akan dilanda kemiskinan, tak ada duit, fakir, papa kedana, banyak hutang dan sebagainya. Dengan itu, manusia akan sanggup melakukan apa saja untuk memastikan mereka dapat hidup dengna selesa seperti Riba', Rasuah, Judi dan sebagainya.
Perasaan phobia kemiskinan ini adalah berpunca dari
bersangka buruk kepada Allah dan
kekuasaannya atau
"Bad Opinion of Allah". Allah di dalam Al-Quran (surah At-Talaq ayat 2-3) mengingatkan kita bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan mencukupkan kehidupan mereka, dan Allah akan membuka jalan yang mereka tidak sangka-sangka.
Didalam kaedah bahasa arab, ayat tersebut mempunyai "conditional statement" atau "Jumla Syarqiyya" dimana Allah berjanji: kalau kita bertaqwa, Allah akan tolong kita. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat 1000 dinar tapi orang kita banyak yang mengantung ayat ini didinding untuk "murah rezeki" tanpa menghayati maksudnya
Untuk mengubat penyakit hati ini, cara yang disarankan ialah dengan
bersangka baik dengan kekuasaan Allah yang dia adalah Maha Memberi (Ar-Razzaq) disamping itu kita kena terus
berusaha mencari rezeki dan
bertawakkal.
Allahu'alam
Posted by
Nazri Jamil
|
0
comments
Share
Duit RM1, RM10 dan RM100 sedang berborak-borak sambil berjalan balik dari masjid... RM100 berkata "Amacam Raya dan cuti sekolah tahun nih, Aku banyak berjalan... Aku dah sampai ke London dan cuti-cuti merata, dah sampai hotel, dah sampai kedai boutique beg tangan, kedai baju. Shopping, kedai handphone... memang best... korang sampai ke mana ?". RM10 menjawab " Aku ada lah sampai kat restoren, kedai-kedai mamak, KFC dan kedai-kedai buku je". RM1 pulak menjawap "Hmm…beruntung jugak korang. Aku sampai kat tabung derma masjid dan surau jerr"Memang kita kalau bab bersedekah, memang agak susah...
Dari Abu Hurairah, "Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah Jariah (waqaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya" (H.R. Muslim )Semua orang islam yang beriman percaya kalau kita mati, semua benda-benda kita akan tinggalkan di dunia ini - Rumah besar, kereta besar, SUV, TV LCD Plasma, Tanah, duit beratus ribu kat KWSP dan bank dsbnya. Mengikut hadis di atas, pahala sedekah akan bertali-arus sampai kepada kita.
Dilemanya sekarang ni, kalau nak sedekah banyak-banyak, nanti tak cukup tampung keluarga.Disinilah intrumen Wasiat boleh diguna-pakai. Kita boleh bersedekah sebanyak (maksimum) 1/3 daripada harta pusaka kita untuk sedekah - rumah anak-anak yatim, tahfiz dan lain lain. Cuba bayangkan kalau kita dapat sedekahkan RM10,000 untuk satu sekolah tahfiz yang sudah dijanjikan oleh rasullah (saw) akan memberi manafaat kepada kita di alam kubur nanti… Insyaallah sejuk kubur kita
Kalau nak sedekah RM10,000 sekarang… tak tahu bila. Nak harapkan waris bersedekah selepas kita mati, tak tentu lagi. Jadi, wasiatlah satu-satunya cara untuk bersedekah selepas mati
Wallahualam
Posted by
Nazri Jamil
|
0
comments
Share
Mengikut undang-undang Faraid, Isteri ada hak sebanyak 1/8 dari harta pusaka suaminya yang meninggal (jika mereka ada anak) atau ¼ daripada harta jika tiada mempunyai anak. Oleh kerana hukum Faraid adalah ketentuan Allah dalam Al-quran, tak payahlah kita membantah atau mempersoalkan keadilan ketentuan ini - terima dan reda sahajalah. Mesti ada hikmahnya.
Tetapi, kita boleh merancang untuk menambah lagi bahagian harta isteri melalui instrumen Wasiat, Hibah, Harta sepencarian dan amanah.
Khas untuk para suami-suami, biasanya setelah pemergian kita keadaan keluarga kita akan menjadi agak kucar kacir dengan tekanan emosi and kesedihan. Merancanglah dari sekarang supaya waris-waris kita tidak menghadapi masalah kewangan setelah kita pergi.
Contoh...
"Bang... 1/8 tu mungkin tak cukup untuk menyara hidup saya dan anak-anak" ujar si isteri kepada suaminya. "Yang, Abang dah declare rumah ni dan kondo kita sebagai
harta sepencarian kita, dan me
wasiatkan kereta-kereta kita untuk dipindah hak milik kepada you kalau I mati. Dan juga, semua baki dalam bank akaun gaji abang dan ASB juga di
wasiatkan untuk you untuk menyara anak-anak. Insya Allah, you masih boleh hidup dengan sederhana dengan anak-anak" jawap suaminya... Kan cantik tu !
Saya teringat dalam lecture Imam Hamza Yusuf berkenaan dengan rezeki - Rezeki kita adalah sesuatu yang kita guna-pakai atau dibelanjakan. Kalau kita ada duit berjuta dalam bank dan rumah di London (yang tak pernah kita jejak kaki) selepas kita mati, itu semua bukan rezeki kita sebab kita tak pernah menggunakannya. Yang amat menyedihkan, kita akan ditanya tentang harta-harta tersebut -
Dah lah masa hidup tak boleh pakai, dah mati pun kena seksa pasal simpan duit banyak and tak membelanjakannya.Jadi, rancanglah untuk membelanjakkan dalam RM1500 untuk membuat wasiat dan harta sepencarian demi kesenangan waris-waris kita
Posted by
Nazri Jamil
|
0
comments
Share
Kenapa kita kena tahu siapakah waris kita ? Ianya bertujuan untuk merancang pembahagian harta-harta kita sesudah kita meninggal dunia. Kenapa lak nak merancang ? Saya nak jawap dengan contoh yang mudah… perihal anak angkat
Sesetengah keluarga, anak angkat dibesarkan dengan penuh kasih saying seperti anak sendiri. Tetapi, jika tanpa instrumen wasiat dan pergantung dengan undang-undang Faraid semata-mata, anak angkat tidak ada hak tuntutan terhadap harta pusaka. Jadi, kita boleh merancang untuk mengagihkan harta kepada anak angkat selalui wasiat, hibah dan sebagainya.
Sama juga dengan hak isteri dan harta sepencarian. Jika tidak dikhususkan harta-harta simati sebagai harta sepencarian, orang lain ada hak untuk menuntut.
Sama juga dengan hak anak anak-anak perempun jika simati tiada anak lelaki...
Jika kita merancang, kita akan dapat memastikan (insya Allah) hak-hak waris-waris kita terjaga.
Dibawah adalah contoh senario seorang suami meninggalkan seorang isteri, 2 anak lelaki, dua anak perempuan dan seorang Ibu

Dibawah adalah contoh senario seorang isteri meninggalkan seorang suami, 2 anak lelaki dan dua anak perempuan dan seorang ayah dan seorang Ibu

Siapakan waris-waris anda dan berapakah bahagian mereka ? Sila hubungi saya di ewasiat@gmail.com untuk mendapatkan analisis khusus untuk tuan-tuan dan puan-puan secara PERCUMA